18 Januari 2010

Karangan: PERISTIWA YANG AKU SESALI

Kehidupan dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan aku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu selama ini. Namun sudah lambat untuk aku sesali, ibu sudah tiada lagi disebabkan apa yang aku telah buat terhadap ibu. Aku mula teringat akan zaman mudaku.


Lima tahun yang lalu, aku masih tinggal bersama ibu. Ibu adalah satu-satunya saudara yang aku ada. Ayah meninggalkan kami apabila aku masih kecil lagi adan i harus menyelesaikan hutang-hutang ayah. Aku cuba untuk menolong ibu dengan sedaya upayaku. Namun, apabila aku meningkat usia 18 tahun, aku mula berasa tertekan dengan sekolah dan kerja sambilanku. Aku mula pergi ke pesta untuk berhibur.


Dari pesta-pesta itu, aku mula berkenalan dengan seorang lelaki bernama Hazri. Dia seorang yang kacak, anak orang kaya dan lima tahun lebih tua daripada aku. Aku mula pontemg sekolah untuk pergi menbeli-belah dengan Hazri. Dia akan membelikan aku barang-barang yang berjenama yang ibu tidak mampu untuk membelikan aku. Ibu mula untuk khuatir kerana aku ponteng sekolah, pulang lewat dan membawa pulang baramg-barang bejenama. Ibu tahu bahawa aku tidak mungkin mampu untuk membeli barang-barang yang mahal. "Sarah, ibu hendak tanya, mengapa Sarah tidak pergi ke sekolah dan sering pulang lewat. Kemana Sarah pergi, ibu risau," tanya ibuku. "Mana Sarah hendak pergi itu urusan Sarah! Ibu tidak perlu tahu!" tengkingku. Ibu amat terkejut dengan jawapanku.


Selama ini, aku tidak pernah melawan kata-kata ibu. Hazri menjadi kekasihku, dia akan membeli apa aja kehendakku. Namun aku mula berasa bosan terhadap Hazri, aku tidak berani untuk berpisah dengannya jadi aku selingkuh dengan lelaki lain. Hazri mendapat tahu bahawa aku curang terhadapnya. Aku bertemu dengan Hazri untuk menyeesaikan masalah itu tetapi kami hanya bertengkar. Aku berasa marah terhadap Hazri kerana hanya terus bertngkar dengannya, jadi aku pergi dari situ. Namun Hazri manarik tanganku dan menumpar asid terhadaap mukaku. Mukaku terasa pedih, sakit dan panas dengan asid yang terus membakar mukaku. Hazri melarikan diri setelah apa yang dia lakukan. Aku berdiri dan mula berjalan tanpa tahu arah kemana aku sedang pergi sambil memgang muka ku yang sakit.


Tanpa ku sedari, aku telah berjalan terhadap jalan raya yang penuh dangan kereta. Aku melintasi jalan raya itu dan sebuah kereta sedang memandu ke arahku dengan pantas. Sebelum aku tahu apa yang terjadi, aku sudah berada di dalam hospital. Kaki dan lenganku tidak boleh bergerak. Seorang doktor yang sedand berdiri di sebelahku, melihat aku dengan wajah yang khawatir. Dia mengatakan bahawa seluruh lengan dan kakiku lumpuh dan apa yang mengejutkan lagi, ibu meninggal dunia apabila cuba hendak menolongku daripada kemalangan, namun tidak berjaya. Air mataku mula mengalir, aku menangis teresak-esak dengan khabar itu. Aku sekarang cacat dan hanya sebatang kara.


Lamunanku terganggu apabila seorang wanita tepuk bahuku. Aku sekarang tinggal di rumah istimewa. Hazri sudah ditangkap oleh polis. Sampai sekarang aku masih menyalahkan diriku kerana kematiaan ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan