14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA

Ini merupakan sebuah video tentang tarian zapin. Dari video ini kamu dapat mengetahui gerak-geri tarian ini. Pada pendapat saya, setelah menonton video ini, saya berasa amat terharu kerana penari-penari ini hanya kanak-kanak tetapi dapat menari dengan sungguh anggun

13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA



Zapin adalah bentuk tarian yang popular di Malaysia, terutama di Johor dan Indonesia. Ia dipercayai telah diperkenalkan tarian ini oleh mubaligh Muslim dari Timur Tengah pada abad keempat belas.



Dahulu kala, hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan untuk menari tetapi kini, kaum wanita juga terlibat. :D Penari selalunya akan menari berpasangan dan disertai muzik tradisional. Biasanya terdiri daripada gambus, akordeon, rebab, marwas (bongos), rebana (drum) dan dok. Ada pelbagai jenis zapin, dan setiap jenis bervariasi oleh gerakan dan gaya tari ,seperti Zapin Melayu Johor , Zapin Lenga dan Zapin Singapura.

Dahulu, ia dipersembahkan secara eksklusif untuk upacara keagamaan, tetapi selama bertahun tahun, ia telah menjadi bentuk hiburan trsdisional. Maka penyertaan bagi kaum wanita dibenarkan.


Sekian terima kasih

07 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


Minggu lalu, guru bahasa kami memberitahu bahawa pelajar melayu di sekolah kami akan memasuki pertandingan blogging ini. Memang mengejutkan, tetapi kami tetap akan membuat yang terbaik untuk pertandingan ini supaya kami tidak mengecewakan Sekolah Menegah GuangYang. :D

Guru melayu kami juga mengatakan bahawa sekolah kami pernah memenangi tempat keempat, kelima, keenam dam ketujuh !!

Bagi blog saya, saya akan membuat tentang seni persembahan budaya melayu. Seni persembahan yang saya akn melakukan adalah GULING TANGAN, WAYANG KULIT dan ZAPIN. Tiga blog entri bagi setiap seni persembahan :D. Nantikan entri-entri blog yang akan datang ;D.





Sekian, terima kasih. Assalammu'alaikum.

18 Januari 2010

Karangan: PERISTIWA YANG AKU SESALI

Kehidupan dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan aku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu selama ini. Namun sudah lambat untuk aku sesali, ibu sudah tiada lagi disebabkan apa yang aku telah buat terhadap ibu. Aku mula teringat akan zaman mudaku.


Lima tahun yang lalu, aku masih tinggal bersama ibu. Ibu adalah satu-satunya saudara yang aku ada. Ayah meninggalkan kami apabila aku masih kecil lagi adan i harus menyelesaikan hutang-hutang ayah. Aku cuba untuk menolong ibu dengan sedaya upayaku. Namun, apabila aku meningkat usia 18 tahun, aku mula berasa tertekan dengan sekolah dan kerja sambilanku. Aku mula pergi ke pesta untuk berhibur.


Dari pesta-pesta itu, aku mula berkenalan dengan seorang lelaki bernama Hazri. Dia seorang yang kacak, anak orang kaya dan lima tahun lebih tua daripada aku. Aku mula pontemg sekolah untuk pergi menbeli-belah dengan Hazri. Dia akan membelikan aku barang-barang yang berjenama yang ibu tidak mampu untuk membelikan aku. Ibu mula untuk khuatir kerana aku ponteng sekolah, pulang lewat dan membawa pulang baramg-barang bejenama. Ibu tahu bahawa aku tidak mungkin mampu untuk membeli barang-barang yang mahal. "Sarah, ibu hendak tanya, mengapa Sarah tidak pergi ke sekolah dan sering pulang lewat. Kemana Sarah pergi, ibu risau," tanya ibuku. "Mana Sarah hendak pergi itu urusan Sarah! Ibu tidak perlu tahu!" tengkingku. Ibu amat terkejut dengan jawapanku.


Selama ini, aku tidak pernah melawan kata-kata ibu. Hazri menjadi kekasihku, dia akan membeli apa aja kehendakku. Namun aku mula berasa bosan terhadap Hazri, aku tidak berani untuk berpisah dengannya jadi aku selingkuh dengan lelaki lain. Hazri mendapat tahu bahawa aku curang terhadapnya. Aku bertemu dengan Hazri untuk menyeesaikan masalah itu tetapi kami hanya bertengkar. Aku berasa marah terhadap Hazri kerana hanya terus bertngkar dengannya, jadi aku pergi dari situ. Namun Hazri manarik tanganku dan menumpar asid terhadaap mukaku. Mukaku terasa pedih, sakit dan panas dengan asid yang terus membakar mukaku. Hazri melarikan diri setelah apa yang dia lakukan. Aku berdiri dan mula berjalan tanpa tahu arah kemana aku sedang pergi sambil memgang muka ku yang sakit.


Tanpa ku sedari, aku telah berjalan terhadap jalan raya yang penuh dangan kereta. Aku melintasi jalan raya itu dan sebuah kereta sedang memandu ke arahku dengan pantas. Sebelum aku tahu apa yang terjadi, aku sudah berada di dalam hospital. Kaki dan lenganku tidak boleh bergerak. Seorang doktor yang sedand berdiri di sebelahku, melihat aku dengan wajah yang khawatir. Dia mengatakan bahawa seluruh lengan dan kakiku lumpuh dan apa yang mengejutkan lagi, ibu meninggal dunia apabila cuba hendak menolongku daripada kemalangan, namun tidak berjaya. Air mataku mula mengalir, aku menangis teresak-esak dengan khabar itu. Aku sekarang cacat dan hanya sebatang kara.


Lamunanku terganggu apabila seorang wanita tepuk bahuku. Aku sekarang tinggal di rumah istimewa. Hazri sudah ditangkap oleh polis. Sampai sekarang aku masih menyalahkan diriku kerana kematiaan ibu.

22 Disember 2009

Taj Mahal


               Taj Mahal adalah salah satu tujuh bangunan ajaib di dunia. Ia terletak di Agra, India, dibina oleh Jahan Shan Maharaja Mughal untuk isteri tersayangnya Mumtaz Mahal. Taj Mahal dilawati oleh seramai 2 hingga 4 juta pelawat-pelawat setiap tahun, dengan lebih daripada 200, 000 pelawat-pelawat dari luar negeri. Taj Mahal mula dibina sekitar 1632 hingga 1652. Mengambil masa selama 20 tahun untuk pembinaan. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya yaitu berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan untuk memper indah Taj Mahal. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat dari marmer putih, serta seni mozak yang indah. Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah.

              Tradisi orang Islam melarang menghias terlampau batas dan kerana itu Mumtaz dan Jahan Shah berlatarkan bilik bawah gereja sederhana dengan muka masing-masing menjadikan betul-betul dan terhadap tempat tumpuan.Bilik sesalur menjadi tempat menyimpan keranda batu palsu dengan Mumtaz Mahal dan Shah Jahan, kubur-kubur yang sebenarnya di tahap kurang tinggi. 

            Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pembinaan Taj Mahal dipikul kepada lembaga para arkitek dibawah penjajah Abd ul-Karim Ma'mur Khan, Makramat Khan dan Ustad Ahmad Lahauri. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

             Banyak ugutan terbaru termasuk dari pencemaran alam di sekitar Sungai Yamuna dan juga asid hujan yang disebabkan oleh penapis minyak Mathura menyebabkan Taj Mahal berwarna kuning. Jadi, untuk mengelakkan pencemaran, pelancong-pelancong mesti berjalan daripada lot letak kereta atau menaiki bas elektrik.

            Keistimewaan Taj Mahal adalah ia diperbuat daripada batu mamar putih yang menjadi tarikkan pelancong-pelancong.Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal, dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

05 Ogos 2009

sajak kemerdekaan

Tanggal 9 Ogos 1965
Singapura berpisah dengan Malaysia
Sejak itu kau merdeka dengan megah
Aku menjadi rakyatmu Simgapura
Walaupun kau kecil di mata dunia,
aku tetap berbangga menjadi rakyatmu Singapura.
Harijadimu hampir tiba,
aku merasakan bagai tidak sabar untuk menyambutnya
MERDEKA demi rakyatmu
MERDEKA
MERDEKA

06 Julai 2009

Remaja memilih untuk sering datang lambat ke sekolah. Berikan pendangan kamu.

            Pada pendapat saya,hanya segelincir antara mereka yang memilih untuk sering datang ke sekolah lambat. Mereka yang tidak memilih untuk datang ke sekolah lambat ada sebab-sebab tertentu. Faktor pertama ialah masalah keluarga. Ada keluarga menpunyai masalah keuwangan jadi mereka harus menolong ibubapa mereka, misalnya membuat kuih-muih untuk dijual keesokkannya.

            Faktor kedua ialah masalah kesihatan. Misalnya,mereka harus memakan ubat pada waktu malam tetapi ubat itu kalau di makan,dia akan susah bagun dari tidur. JIka ubat itu di makan pada waktu pagi,mereka akan tidur sampai malam dan susah pula untuk tidur semula.

            Itu adalah sebab-sebab remaja yang tidak memilih untuk datang ke sekolah lambat.Namun apa pula sebab remaja yang memilih untuk datang ke sekolah lambat?Faktor pertama ialah sikap kurang bertanggungjawab. Contohnya mereka tidak membuat tugasan rumah jadi mereka cuba untuk mengelakkan diri daripada period pertama atau kedua.

             Faktor kedua ialah kekurangan sikap daya tahan,misalnya mereka putus asa kerana tidak belajar untuk ujian dan takut untuk gagal. Dripada mereka mendapat markah rendah,mereka lebih sanggup untuk tidak mengambil ujian itu.

              Faktor ketiga ialah kurangnya sikap ketulusan.Mereka membohongi diri sendiri dengan pelbagai alasan. Mereka akan terus memberikan alasan dan akhirnya ia akan menjadi sebuah tabiat untuk terus menipu dan memberi alasan.

               Ada pula kurang sikap hormat pada guru-guru,undang-undang dan juga diri sendiri.Misalnya mereka tidak suka pada satu guru,mereka akan datang ke sekolah lambat supaya tidak bersemuka dengan guru itu.Ada pula sengaja mehu cari pasal dengan datang ke sekolah lamba kerana tidak mahu hormat pada undang-undang.Jadi pada remaja yang kerap datang sekolah lambat,yang rugi tu mereka kerana mereka akan ketinggalan banyak pelajaran mereka jadi JANGAN DATANG LAMBAT!!.