24 Julai 2010
23 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN
Ini adalah video SM RIPAS Gulingtangan semasa Pertandingan Gulingtangan Senegara, 29 Jun 2010. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SM RIPAS kerana mereka dapat tempat pertama !!!
Sekali lagi saya mengucapkan TAHNIAH ;D
21 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN
Semasa saya di SM RIPAS, saya dapat bertemu ramah dengan seorang guru.
| Saya | : | Apakah nama persembahan ini? |
| Guru | : | Ini merupakan Seni Persembahan Gulingtangan. |
| Saya | : | Apakah nama-nama instrumen yang digunakan? |
| Guru | : | Derbuka, Gendang Labek, Gong, 13 gulingtangan, Tawak-tawak, 3 Canang , Akordeon, Shakers, Tamborine, Hadrah dan Chimes. |
| Saya | : | Bilakah persembahan ini selalu di diersembahkan ? |
| Guru | : | Selalunya apabila acara-acara sekolah, perkahwinan, sambutan dan acara negara. Pada 29 jun, SM RIPAS akan ada Pertandingan Gulingtangan Senegara. |
| Saya | : | Semoga berjaya :D. Terima kasih. |
20 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH
Gulingtangan adalah alat muzik yang terdiri daripada gong kecil yang disertai dengan gong Tawak-tawak dan Gendang. Sebahagian dari budaya muzik gong-berpadu di Asia Tenggara. Gulingtangan amat mirip dengan instrumen yang serupa, ia boleh didapati di Filipina, Indonesia dan Malaysia, walaupun mereka dinamakan berbeza.
Awalnya, Gulingtangan disiapkan untuk Sultan dan Bangsawan. Gulingtangan kini boleh didengar seperti menyambut tetamu terhormat ke sebuah upacara atau sebagai sebahagian daripada hiburan pernikahan orang Melayu. Rentak dan suara sering memberikan muzik latar kepada pengamal silat agar pesilat dapat menjalankan gerak yang khusus.
18 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM


Pada cuti sekolah bulan Jun, minggu terakhir, saya, guru-guru melayu serta rakan-rakan sekolah saya berdarmawisata ke Brunei Darulssalam. Kami ke sana untuk empat hari. Dalam empat hari itu, kami dapat mengetahui lebih banyak tentang budaya Orang Brunei dan Melayu. Kami berpeluang untuk pergi ke Sekolah Menengah Raja Isteri Penggeran Anak Saleha (SM RIPAS) untuk dua hari.

Pada hari terakhir kami di SM RIPAS, mereka membuat persembahan untuk kami. Guru kami memberi tugasan bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya mendapat topik seni persembahan. Kami berteru ramah dengan guru bertugas. Selepas kami berterurama, saya mengetahui bahawa persembahan itu bernama Gulingtangan. Saya ingin mengetahui lebih banyak tentang Gulingtangan jadi saya membuat sedikit kajian.
Nantikan entri saya yang seterusnya ;D. Saya akan memberitahu sedikit sebanyak tentang GULINGTANGAN.
16 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA
Muzik tradisional bagi Zapin biasanya terdiri daripada gambus, akordeon, rebab, marwas (bongos), rebana (drum) dan dok .
Gambus
Sebuah qanbūs atau gambus adalah kecapi berleher pendek yang berasal dari Yaman dan tersebar di seluruh semenanjung Arab. Ia mempunyai dua belas tali nelon yang dipetik dengan plectrum plastik untuk menghasilkan bunyi, seperti guitar. Menakjubkan yah ?? :D
Akordeon
Akordeon adalah alat muzik berbentuk kotak dari keluarga telefon hawa, kadang-kadang disebut sebagai "Squeezebox". Ia dimainkan penekanan atau memperluaskan bellow sementara menekan butang atau kekunci. Ini menyebabkan injap, bernama palet, untuk membuka dan membolehkan hawa mengalir di jalur dari kuningan atau baja, bernama buluh, yang bergetar untuk menghasilkan suara dalam tubuh.
Rebab
Rebab adalah sejenis instumen tali yang disebarkan melalui pusat perdagangan Islam lebih banyak dari Afrika Utara, Timur Tengah, sebahagian daripada Eropah, dan Timur Jauh.Ia biasanya terdiri dari tubuh kecil yang bulat . Bahagian depan yang tertutup diperbuat dari perkamen atau kulit domba.
Marwas
Marwas dipercayai bahawa ia berasal daripada Timur Tengah. Marwas adalah drum berkepala dua dan berbentuk silinder. Bingkai marwas diperbuat daripada kayu pohon nangka dan kulit kambing digunakan untuk membuat kulit drum.
15 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT
TARIAN TRADISIONAL MELAYU
Berikut merupakan penyampaian powerpoint yang saya pernah hasilkan untuk projek kelas Bahasa Melayu. Secara kebetulan ia bertepatan dengan tema Pertandingan Blogging 2010. Saya harap ia dapat memberikan gambaran lebih jelas mengenai Tarian Tradisional Melayu.
Langgan:
Catatan (Atom)


