06 Februari 2011

RUMAH MAKAN MINANG

TERONG BELADO
Bahan-bahan:
-1 terung
-3 Buah Bawang putih m diiris atau dicincang
-4 bawang yang telah dicincang
-1 1 / 2 cawan tomato Segar
-1 sdt Gula

-1 sudu Garam
-2 sudu cili merah segar panas
-1 / 2 cawan air
-2 sudu besar minyak sayur

Terong ini amat lazat walaupun sedikit pedas. Terong mempunyai diet serat yang berkahsiat.

RENDANG DAGING

Bahan-bahan:
1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Suapan yang pertama seolah-olah membuat lidahku terbakar. Lauk ini amat pedas dan lazat. Baunya harum kerana daun-daun yang dimasukkan ke masakan ini. Orang Melayu selalunya memakan rendang ini pada hari perayaan dan bukan makanan harian kerana ia mengandungi banyak cholestrol.
SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan:
1kg sotong - bersihkan tapi dakwat hitam jgn dibuang
10 ulas bawang kecil }
4 ulas bawang putih }
1" halia } dikisar
15 tangkai cili api }
1 sudu kecik serbuk kunyit
3 btg serai
1 helai daun kunyit - lebar tapak tangan } dimayang halus
2 keping asam - lebih kurang besar duit syiling 50sen
Garam & gula - secukup rase

Lauk ini adalah kegemaran saya. Walaupun ia sedikit pedas kerana dimasak dengan cili api tetapi ia amat enak.

27 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI TIGA BELAS



Ini adalah entri terakhir saya bagi blog pertandingan ini . Semasa saya membuat entri-entri ini, saya dapat mengenali lebih banyak tentang Budaya Melayu yang dahulu saya tidak begitu tahu. Kini saya lebih mengenali tentang seni-seni persembahan Budaya Melayu, Indonesia dan Brunei. Semasa saya membuat blog ini, kawan-kawan saya juga membuat blog mereka sendiri dengan topik yang berlainan, dengan ini kami lebih memahami tentang tradisi dan adat Melayu dengan kawan-kawan saya yang bukan Melayu antaranya rakan-rakan berbangsa Cina dari Indonesia . Saya juga berharap bahawa generasi seterusnya akan lebih tahu tentang Budaya Melayu supaya ia tidak bangsa Melayu tidak luput ditelan zaman.

Sekian terima kasih. Saya berharap anda telah menikmati blog saya :D


26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA BELAS

Hari ini, guru Bahasa Melayu kami menyuruh kami untuk membaca sebuah artikel di buku teks. Saya akan memberitahu kamu sedikit sebanyak tentang artikel yang telah saya baca, ia adalah berkenaan Budaya Melayu.

Artikel ini adalah tentang Tiara dan rakan-rakannya yang pergi ke Galeri Pusaka. Mereka mewakili Persatuan Belia Melayu Mauritis. Merka ingin mengenal tentang budaya nenek moyang mereka yang berasal dari rumpun Melayu dengan lebih lanjut. Tiara dan rakan-rakannya dibawa ke Galeri Pakaian Tradisional Melayu. Mereka mendapat lebih tahu tentang Baju Cik Siti Wan Kembang. Pakaian itu memerlukan tiga helai tenunan songket. Merka juga mendapat pengetahuan tentang cucuk sanggul, Baju kebaya dan kerongsang .


Saya tidak sangka bahawa ada baju kebaya yang potongannya berlainan dan perhiasan wanita seperti cucuk sanggul dan dokoh. Dengan tugasan bahasa melayu saya dapat juga mengetahui lebih banyak tentang pakaian wanita dahulu. Rasa malu pula apabila seorang anak melayu jati tidak mengetahui banyak tentang asal-usulnya budayanya.

25 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS



Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang. Bayang itu datangnya dari patung yang dibuat daripada belulang. Belulang ini daripada kulit lembu, kerbau atau kambing.

Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada asal usul mereka. Ini merupakan jenis wayang yang dilakukan di sekitar kepulauan Indomalayan. Asal-usul Wayang Kulit ini datangnya daripada India. Ia juga mempunyai unsur-unsur tradisi Jawa Hindu-Buddha.

Ia merupakan persembahan seni yang menggunakan gerak tangan yang menggerakkan patung-patung itu. Cerita yang disampaikan pula berkisah tentang para dewa dan alam kayangan atau dari epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabhrata.

Sebuah orkestra Gamelan tradisional pula mengiringi jalan cerita dan persembahan Wayang Kulit.



Wayang kulit dipersembahkan oleh seorang Tok Dalang sahaja yang juga merupakan pencerita dan memainkan pelbagai watak dalam pementasan wayang kulit.

Pementasan ini diiringi oleh Muzik Gamelan yang dimainkan sekumpulan pemuzik yang dipanggil Nayaga dan Tembang. Tok Dalang pula menggerakkan wayang kulit di balik KELIR, iaitu layar dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu elektrik atau lampu minyak tanah.

Para penonton yang bertentangan Tok Dalang dapat melihat bayangan wayang yang berada di KELIR. Bagi memahami cerita wayang yang 'dilakonkan' , penonton harus memiliki pengetahuan tentang tokoh-tokoh atau watak-watak yang bayangannya tampil di layar KELIR.


24 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH

LAWATAN PERTUKARAN BUDAYA KE
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM




23 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN



Ini adalah video SM RIPAS Gulingtangan semasa Pertandingan Gulingtangan Senegara, 29 Jun 2010. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SM RIPAS kerana mereka dapat tempat pertama !!!
Sekali lagi saya mengucapkan TAHNIAH ;D


21 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN



Semasa saya di SM RIPAS, saya dapat bertemu ramah dengan seorang guru.

Saya

:

Apakah nama persembahan ini?

Guru

:

Ini merupakan Seni Persembahan Gulingtangan.

Saya

:

Apakah nama-nama instrumen yang digunakan?

Guru

:

Derbuka, Gendang Labek, Gong, 13 gulingtangan, Tawak-tawak, 3 Canang , Akordeon, Shakers, Tamborine, Hadrah dan Chimes.

Saya

:

Bilakah persembahan ini selalu di diersembahkan ?

Guru

:

Selalunya apabila acara-acara sekolah, perkahwinan, sambutan dan acara negara. Pada 29 jun, SM RIPAS akan ada Pertandingan Gulingtangan Senegara.

Saya

:

Semoga berjaya :D. Terima kasih.