25 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS



Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang. Bayang itu datangnya dari patung yang dibuat daripada belulang. Belulang ini daripada kulit lembu, kerbau atau kambing.

Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada asal usul mereka. Ini merupakan jenis wayang yang dilakukan di sekitar kepulauan Indomalayan. Asal-usul Wayang Kulit ini datangnya daripada India. Ia juga mempunyai unsur-unsur tradisi Jawa Hindu-Buddha.

Ia merupakan persembahan seni yang menggunakan gerak tangan yang menggerakkan patung-patung itu. Cerita yang disampaikan pula berkisah tentang para dewa dan alam kayangan atau dari epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabhrata.

Sebuah orkestra Gamelan tradisional pula mengiringi jalan cerita dan persembahan Wayang Kulit.



Wayang kulit dipersembahkan oleh seorang Tok Dalang sahaja yang juga merupakan pencerita dan memainkan pelbagai watak dalam pementasan wayang kulit.

Pementasan ini diiringi oleh Muzik Gamelan yang dimainkan sekumpulan pemuzik yang dipanggil Nayaga dan Tembang. Tok Dalang pula menggerakkan wayang kulit di balik KELIR, iaitu layar dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu elektrik atau lampu minyak tanah.

Para penonton yang bertentangan Tok Dalang dapat melihat bayangan wayang yang berada di KELIR. Bagi memahami cerita wayang yang 'dilakonkan' , penonton harus memiliki pengetahuan tentang tokoh-tokoh atau watak-watak yang bayangannya tampil di layar KELIR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan