Hari ini, guru Bahasa Melayu kami menyuruh kami untuk membaca sebuah artikel di buku teks. Saya akan memberitahu kamu sedikit sebanyak tentang artikel yang telah saya baca, ia adalah berkenaan Budaya Melayu.
Artikel ini adalah tentang Tiara dan rakan-rakannya yang pergi ke Galeri Pusaka. Mereka mewakili Persatuan Belia Melayu Mauritis. Merka ingin mengenal tentang budaya nenek moyang mereka yang berasal dari rumpun Melayu dengan lebih lanjut. Tiara dan rakan-rakannya dibawa ke Galeri Pakaian Tradisional Melayu. Mereka mendapat lebih tahu tentang Baju Cik Siti Wan Kembang. Pakaian itu memerlukan tiga helai tenunan songket. Merka juga mendapat pengetahuan tentang cucuk sanggul, Baju kebaya dan kerongsang .
Saya tidak sangka bahawa ada baju kebaya yang potongannya berlainan dan perhiasan wanita seperti cucuk sanggul dan dokoh. Dengan tugasan bahasa melayu saya dapat juga mengetahui lebih banyak tentang pakaian wanita dahulu. Rasa malu pula apabila seorang anak melayu jati tidak mengetahui banyak tentang asal-usulnya budayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan