06 Februari 2011

RUMAH MAKAN MINANG

TERONG BELADO
Bahan-bahan:
-1 terung
-3 Buah Bawang putih m diiris atau dicincang
-4 bawang yang telah dicincang
-1 1 / 2 cawan tomato Segar
-1 sdt Gula

-1 sudu Garam
-2 sudu cili merah segar panas
-1 / 2 cawan air
-2 sudu besar minyak sayur

Terong ini amat lazat walaupun sedikit pedas. Terong mempunyai diet serat yang berkahsiat.

RENDANG DAGING

Bahan-bahan:
1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Suapan yang pertama seolah-olah membuat lidahku terbakar. Lauk ini amat pedas dan lazat. Baunya harum kerana daun-daun yang dimasukkan ke masakan ini. Orang Melayu selalunya memakan rendang ini pada hari perayaan dan bukan makanan harian kerana ia mengandungi banyak cholestrol.
SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan:
1kg sotong - bersihkan tapi dakwat hitam jgn dibuang
10 ulas bawang kecil }
4 ulas bawang putih }
1" halia } dikisar
15 tangkai cili api }
1 sudu kecik serbuk kunyit
3 btg serai
1 helai daun kunyit - lebar tapak tangan } dimayang halus
2 keping asam - lebih kurang besar duit syiling 50sen
Garam & gula - secukup rase

Lauk ini adalah kegemaran saya. Walaupun ia sedikit pedas kerana dimasak dengan cili api tetapi ia amat enak.

27 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI TIGA BELAS



Ini adalah entri terakhir saya bagi blog pertandingan ini . Semasa saya membuat entri-entri ini, saya dapat mengenali lebih banyak tentang Budaya Melayu yang dahulu saya tidak begitu tahu. Kini saya lebih mengenali tentang seni-seni persembahan Budaya Melayu, Indonesia dan Brunei. Semasa saya membuat blog ini, kawan-kawan saya juga membuat blog mereka sendiri dengan topik yang berlainan, dengan ini kami lebih memahami tentang tradisi dan adat Melayu dengan kawan-kawan saya yang bukan Melayu antaranya rakan-rakan berbangsa Cina dari Indonesia . Saya juga berharap bahawa generasi seterusnya akan lebih tahu tentang Budaya Melayu supaya ia tidak bangsa Melayu tidak luput ditelan zaman.

Sekian terima kasih. Saya berharap anda telah menikmati blog saya :D


26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA BELAS

Hari ini, guru Bahasa Melayu kami menyuruh kami untuk membaca sebuah artikel di buku teks. Saya akan memberitahu kamu sedikit sebanyak tentang artikel yang telah saya baca, ia adalah berkenaan Budaya Melayu.

Artikel ini adalah tentang Tiara dan rakan-rakannya yang pergi ke Galeri Pusaka. Mereka mewakili Persatuan Belia Melayu Mauritis. Merka ingin mengenal tentang budaya nenek moyang mereka yang berasal dari rumpun Melayu dengan lebih lanjut. Tiara dan rakan-rakannya dibawa ke Galeri Pakaian Tradisional Melayu. Mereka mendapat lebih tahu tentang Baju Cik Siti Wan Kembang. Pakaian itu memerlukan tiga helai tenunan songket. Merka juga mendapat pengetahuan tentang cucuk sanggul, Baju kebaya dan kerongsang .


Saya tidak sangka bahawa ada baju kebaya yang potongannya berlainan dan perhiasan wanita seperti cucuk sanggul dan dokoh. Dengan tugasan bahasa melayu saya dapat juga mengetahui lebih banyak tentang pakaian wanita dahulu. Rasa malu pula apabila seorang anak melayu jati tidak mengetahui banyak tentang asal-usulnya budayanya.

25 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS



Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang. Bayang itu datangnya dari patung yang dibuat daripada belulang. Belulang ini daripada kulit lembu, kerbau atau kambing.

Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada asal usul mereka. Ini merupakan jenis wayang yang dilakukan di sekitar kepulauan Indomalayan. Asal-usul Wayang Kulit ini datangnya daripada India. Ia juga mempunyai unsur-unsur tradisi Jawa Hindu-Buddha.

Ia merupakan persembahan seni yang menggunakan gerak tangan yang menggerakkan patung-patung itu. Cerita yang disampaikan pula berkisah tentang para dewa dan alam kayangan atau dari epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabhrata.

Sebuah orkestra Gamelan tradisional pula mengiringi jalan cerita dan persembahan Wayang Kulit.



Wayang kulit dipersembahkan oleh seorang Tok Dalang sahaja yang juga merupakan pencerita dan memainkan pelbagai watak dalam pementasan wayang kulit.

Pementasan ini diiringi oleh Muzik Gamelan yang dimainkan sekumpulan pemuzik yang dipanggil Nayaga dan Tembang. Tok Dalang pula menggerakkan wayang kulit di balik KELIR, iaitu layar dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu elektrik atau lampu minyak tanah.

Para penonton yang bertentangan Tok Dalang dapat melihat bayangan wayang yang berada di KELIR. Bagi memahami cerita wayang yang 'dilakonkan' , penonton harus memiliki pengetahuan tentang tokoh-tokoh atau watak-watak yang bayangannya tampil di layar KELIR.


24 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH

LAWATAN PERTUKARAN BUDAYA KE
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM




23 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN



Ini adalah video SM RIPAS Gulingtangan semasa Pertandingan Gulingtangan Senegara, 29 Jun 2010. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SM RIPAS kerana mereka dapat tempat pertama !!!
Sekali lagi saya mengucapkan TAHNIAH ;D


21 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN



Semasa saya di SM RIPAS, saya dapat bertemu ramah dengan seorang guru.

Saya

:

Apakah nama persembahan ini?

Guru

:

Ini merupakan Seni Persembahan Gulingtangan.

Saya

:

Apakah nama-nama instrumen yang digunakan?

Guru

:

Derbuka, Gendang Labek, Gong, 13 gulingtangan, Tawak-tawak, 3 Canang , Akordeon, Shakers, Tamborine, Hadrah dan Chimes.

Saya

:

Bilakah persembahan ini selalu di diersembahkan ?

Guru

:

Selalunya apabila acara-acara sekolah, perkahwinan, sambutan dan acara negara. Pada 29 jun, SM RIPAS akan ada Pertandingan Gulingtangan Senegara.

Saya

:

Semoga berjaya :D. Terima kasih.


20 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH







Gulingtangan adalah alat muzik yang terdiri daripada gong kecil yang disertai dengan gong Tawak-tawak dan Gendang. Sebahagian dari budaya muzik gong-berpadu di Asia Tenggara. Gulingtangan amat mirip dengan instrumen yang serupa, ia boleh didapati di Filipina, Indonesia dan Malaysia, walaupun mereka dinamakan berbeza.

Awalnya, Gulingtangan disiapkan untuk Sultan dan Bangsawan. Gulingtangan kini boleh didengar seperti menyambut tetamu terhormat ke sebuah upacara atau sebagai sebahagian daripada hiburan pernikahan orang Melayu. Rentak dan suara sering memberikan muzik latar kepada pengamal silat agar pesilat dapat menjalankan gerak yang khusus.




18 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM


Pada cuti sekolah bulan Jun, minggu terakhir, saya, guru-guru melayu serta rakan-rakan sekolah saya berdarmawisata ke Brunei Darulssalam. Kami ke sana untuk empat hari. Dalam empat hari itu, kami dapat mengetahui lebih banyak tentang budaya Orang Brunei dan Melayu. Kami berpeluang untuk pergi ke Sekolah Menengah Raja Isteri Penggeran Anak Saleha (SM RIPAS) untuk dua hari.
Pada hari terakhir kami di SM RIPAS, mereka membuat persembahan untuk kami. Guru kami memberi tugasan bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya mendapat topik seni persembahan. Kami berteru ramah dengan guru bertugas. Selepas kami berterurama, saya mengetahui bahawa persembahan itu bernama Gulingtangan. Saya ingin mengetahui lebih banyak tentang Gulingtangan jadi saya membuat sedikit kajian.

Nantikan entri saya yang seterusnya ;D. Saya akan memberitahu sedikit sebanyak tentang GULINGTANGAN.

16 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

Muzik tradisional bagi Zapin biasanya terdiri daripada gambus, akordeon, rebab, marwas (bongos), rebana (drum) dan dok .

Gambus
Sebuah qanbūs atau gambus adalah kecapi berleher pendek yang berasal dari Yaman dan tersebar di seluruh semenanjung Arab. Ia mempunyai dua belas tali nelon yang dipetik dengan plectrum plastik untuk menghasilkan bunyi, seperti guitar. Menakjubkan yah ?? :D

Akordeon
Akordeon adalah alat muzik berbentuk kotak dari keluarga telefon hawa, kadang-kadang disebut sebagai "Squeezebox". Ia dimainkan penekanan atau memperluaskan bellow sementara menekan butang atau kekunci. Ini menyebabkan injap, bernama palet, untuk membuka dan membolehkan hawa mengalir di jalur dari kuningan atau baja, bernama buluh, yang bergetar untuk menghasilkan suara dalam tubuh.

Rebab
Rebab adalah sejenis instumen tali yang disebarkan melalui pusat perdagangan Islam lebih banyak dari Afrika Utara, Timur Tengah, sebahagian daripada Eropah, dan Timur Jauh.Ia biasanya terdiri dari tubuh kecil yang bulat . Bahagian depan yang tertutup diperbuat dari perkamen atau kulit domba.

Marwas
Marwas dipercayai bahawa ia berasal daripada Timur Tengah. Marwas adalah drum berkepala dua dan berbentuk silinder. Bingkai marwas diperbuat daripada kayu pohon nangka dan kulit kambing digunakan untuk membuat kulit drum.


15 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Berikut merupakan penyampaian powerpoint yang saya pernah hasilkan untuk projek kelas Bahasa Melayu. Secara kebetulan ia bertepatan dengan tema Pertandingan Blogging 2010. Saya harap ia dapat memberikan gambaran lebih jelas mengenai Tarian Tradisional Melayu.

14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA

Ini merupakan sebuah video tentang tarian zapin. Dari video ini kamu dapat mengetahui gerak-geri tarian ini. Pada pendapat saya, setelah menonton video ini, saya berasa amat terharu kerana penari-penari ini hanya kanak-kanak tetapi dapat menari dengan sungguh anggun

13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA



Zapin adalah bentuk tarian yang popular di Malaysia, terutama di Johor dan Indonesia. Ia dipercayai telah diperkenalkan tarian ini oleh mubaligh Muslim dari Timur Tengah pada abad keempat belas.



Dahulu kala, hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan untuk menari tetapi kini, kaum wanita juga terlibat. :D Penari selalunya akan menari berpasangan dan disertai muzik tradisional. Biasanya terdiri daripada gambus, akordeon, rebab, marwas (bongos), rebana (drum) dan dok. Ada pelbagai jenis zapin, dan setiap jenis bervariasi oleh gerakan dan gaya tari ,seperti Zapin Melayu Johor , Zapin Lenga dan Zapin Singapura.

Dahulu, ia dipersembahkan secara eksklusif untuk upacara keagamaan, tetapi selama bertahun tahun, ia telah menjadi bentuk hiburan trsdisional. Maka penyertaan bagi kaum wanita dibenarkan.


Sekian terima kasih

07 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


Minggu lalu, guru bahasa kami memberitahu bahawa pelajar melayu di sekolah kami akan memasuki pertandingan blogging ini. Memang mengejutkan, tetapi kami tetap akan membuat yang terbaik untuk pertandingan ini supaya kami tidak mengecewakan Sekolah Menegah GuangYang. :D

Guru melayu kami juga mengatakan bahawa sekolah kami pernah memenangi tempat keempat, kelima, keenam dam ketujuh !!

Bagi blog saya, saya akan membuat tentang seni persembahan budaya melayu. Seni persembahan yang saya akn melakukan adalah GULING TANGAN, WAYANG KULIT dan ZAPIN. Tiga blog entri bagi setiap seni persembahan :D. Nantikan entri-entri blog yang akan datang ;D.





Sekian, terima kasih. Assalammu'alaikum.

18 Januari 2010

Karangan: PERISTIWA YANG AKU SESALI

Kehidupan dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan aku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu selama ini. Namun sudah lambat untuk aku sesali, ibu sudah tiada lagi disebabkan apa yang aku telah buat terhadap ibu. Aku mula teringat akan zaman mudaku.


Lima tahun yang lalu, aku masih tinggal bersama ibu. Ibu adalah satu-satunya saudara yang aku ada. Ayah meninggalkan kami apabila aku masih kecil lagi adan i harus menyelesaikan hutang-hutang ayah. Aku cuba untuk menolong ibu dengan sedaya upayaku. Namun, apabila aku meningkat usia 18 tahun, aku mula berasa tertekan dengan sekolah dan kerja sambilanku. Aku mula pergi ke pesta untuk berhibur.


Dari pesta-pesta itu, aku mula berkenalan dengan seorang lelaki bernama Hazri. Dia seorang yang kacak, anak orang kaya dan lima tahun lebih tua daripada aku. Aku mula pontemg sekolah untuk pergi menbeli-belah dengan Hazri. Dia akan membelikan aku barang-barang yang berjenama yang ibu tidak mampu untuk membelikan aku. Ibu mula untuk khuatir kerana aku ponteng sekolah, pulang lewat dan membawa pulang baramg-barang bejenama. Ibu tahu bahawa aku tidak mungkin mampu untuk membeli barang-barang yang mahal. "Sarah, ibu hendak tanya, mengapa Sarah tidak pergi ke sekolah dan sering pulang lewat. Kemana Sarah pergi, ibu risau," tanya ibuku. "Mana Sarah hendak pergi itu urusan Sarah! Ibu tidak perlu tahu!" tengkingku. Ibu amat terkejut dengan jawapanku.


Selama ini, aku tidak pernah melawan kata-kata ibu. Hazri menjadi kekasihku, dia akan membeli apa aja kehendakku. Namun aku mula berasa bosan terhadap Hazri, aku tidak berani untuk berpisah dengannya jadi aku selingkuh dengan lelaki lain. Hazri mendapat tahu bahawa aku curang terhadapnya. Aku bertemu dengan Hazri untuk menyeesaikan masalah itu tetapi kami hanya bertengkar. Aku berasa marah terhadap Hazri kerana hanya terus bertngkar dengannya, jadi aku pergi dari situ. Namun Hazri manarik tanganku dan menumpar asid terhadaap mukaku. Mukaku terasa pedih, sakit dan panas dengan asid yang terus membakar mukaku. Hazri melarikan diri setelah apa yang dia lakukan. Aku berdiri dan mula berjalan tanpa tahu arah kemana aku sedang pergi sambil memgang muka ku yang sakit.


Tanpa ku sedari, aku telah berjalan terhadap jalan raya yang penuh dangan kereta. Aku melintasi jalan raya itu dan sebuah kereta sedang memandu ke arahku dengan pantas. Sebelum aku tahu apa yang terjadi, aku sudah berada di dalam hospital. Kaki dan lenganku tidak boleh bergerak. Seorang doktor yang sedand berdiri di sebelahku, melihat aku dengan wajah yang khawatir. Dia mengatakan bahawa seluruh lengan dan kakiku lumpuh dan apa yang mengejutkan lagi, ibu meninggal dunia apabila cuba hendak menolongku daripada kemalangan, namun tidak berjaya. Air mataku mula mengalir, aku menangis teresak-esak dengan khabar itu. Aku sekarang cacat dan hanya sebatang kara.


Lamunanku terganggu apabila seorang wanita tepuk bahuku. Aku sekarang tinggal di rumah istimewa. Hazri sudah ditangkap oleh polis. Sampai sekarang aku masih menyalahkan diriku kerana kematiaan ibu.

22 Disember 2009

Taj Mahal


               Taj Mahal adalah salah satu tujuh bangunan ajaib di dunia. Ia terletak di Agra, India, dibina oleh Jahan Shan Maharaja Mughal untuk isteri tersayangnya Mumtaz Mahal. Taj Mahal dilawati oleh seramai 2 hingga 4 juta pelawat-pelawat setiap tahun, dengan lebih daripada 200, 000 pelawat-pelawat dari luar negeri. Taj Mahal mula dibina sekitar 1632 hingga 1652. Mengambil masa selama 20 tahun untuk pembinaan. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya yaitu berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan untuk memper indah Taj Mahal. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat dari marmer putih, serta seni mozak yang indah. Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah.

              Tradisi orang Islam melarang menghias terlampau batas dan kerana itu Mumtaz dan Jahan Shah berlatarkan bilik bawah gereja sederhana dengan muka masing-masing menjadikan betul-betul dan terhadap tempat tumpuan.Bilik sesalur menjadi tempat menyimpan keranda batu palsu dengan Mumtaz Mahal dan Shah Jahan, kubur-kubur yang sebenarnya di tahap kurang tinggi. 

            Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pembinaan Taj Mahal dipikul kepada lembaga para arkitek dibawah penjajah Abd ul-Karim Ma'mur Khan, Makramat Khan dan Ustad Ahmad Lahauri. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

             Banyak ugutan terbaru termasuk dari pencemaran alam di sekitar Sungai Yamuna dan juga asid hujan yang disebabkan oleh penapis minyak Mathura menyebabkan Taj Mahal berwarna kuning. Jadi, untuk mengelakkan pencemaran, pelancong-pelancong mesti berjalan daripada lot letak kereta atau menaiki bas elektrik.

            Keistimewaan Taj Mahal adalah ia diperbuat daripada batu mamar putih yang menjadi tarikkan pelancong-pelancong.Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal, dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

05 Ogos 2009

sajak kemerdekaan

Tanggal 9 Ogos 1965
Singapura berpisah dengan Malaysia
Sejak itu kau merdeka dengan megah
Aku menjadi rakyatmu Simgapura
Walaupun kau kecil di mata dunia,
aku tetap berbangga menjadi rakyatmu Singapura.
Harijadimu hampir tiba,
aku merasakan bagai tidak sabar untuk menyambutnya
MERDEKA demi rakyatmu
MERDEKA
MERDEKA

06 Julai 2009

Remaja memilih untuk sering datang lambat ke sekolah. Berikan pendangan kamu.

            Pada pendapat saya,hanya segelincir antara mereka yang memilih untuk sering datang ke sekolah lambat. Mereka yang tidak memilih untuk datang ke sekolah lambat ada sebab-sebab tertentu. Faktor pertama ialah masalah keluarga. Ada keluarga menpunyai masalah keuwangan jadi mereka harus menolong ibubapa mereka, misalnya membuat kuih-muih untuk dijual keesokkannya.

            Faktor kedua ialah masalah kesihatan. Misalnya,mereka harus memakan ubat pada waktu malam tetapi ubat itu kalau di makan,dia akan susah bagun dari tidur. JIka ubat itu di makan pada waktu pagi,mereka akan tidur sampai malam dan susah pula untuk tidur semula.

            Itu adalah sebab-sebab remaja yang tidak memilih untuk datang ke sekolah lambat.Namun apa pula sebab remaja yang memilih untuk datang ke sekolah lambat?Faktor pertama ialah sikap kurang bertanggungjawab. Contohnya mereka tidak membuat tugasan rumah jadi mereka cuba untuk mengelakkan diri daripada period pertama atau kedua.

             Faktor kedua ialah kekurangan sikap daya tahan,misalnya mereka putus asa kerana tidak belajar untuk ujian dan takut untuk gagal. Dripada mereka mendapat markah rendah,mereka lebih sanggup untuk tidak mengambil ujian itu.

              Faktor ketiga ialah kurangnya sikap ketulusan.Mereka membohongi diri sendiri dengan pelbagai alasan. Mereka akan terus memberikan alasan dan akhirnya ia akan menjadi sebuah tabiat untuk terus menipu dan memberi alasan.

               Ada pula kurang sikap hormat pada guru-guru,undang-undang dan juga diri sendiri.Misalnya mereka tidak suka pada satu guru,mereka akan datang ke sekolah lambat supaya tidak bersemuka dengan guru itu.Ada pula sengaja mehu cari pasal dengan datang ke sekolah lamba kerana tidak mahu hormat pada undang-undang.Jadi pada remaja yang kerap datang sekolah lambat,yang rugi tu mereka kerana mereka akan ketinggalan banyak pelajaran mereka jadi JANGAN DATANG LAMBAT!!.

22 Mac 2009

Peperangan Dunia Kedua Di Singapura




Ini adalah kerja kumpulan(Erni,Nurul,Irza dan Malvin) tentang peperangan dunia yang kedua yang berlaku di Singapura.Jepun memegang Singapura daripada 1942 sehingga 1945.Selama 3 tahun,Singapura diseksa.Mereka juga mengunakan "Banana money" sebagai wang pada masa itu.600 orang melayu dan 45, 000 troops orang india berkumpul oleh Jepun dan memacu memindahkan taat setia mereka kepada Maharaja Jepun.Banyak enggan dan menjalankan hukuman mati ke atas,diseksa,dipenjarakan, atau dihantar sebagai terpaksa laborers ke negeri Thailand,Sumatera,atau Guinea New.Orang Cina memikul bahagian yang paling hebat dari penduduk,dalam hukuman untuk sokongan yang disebut oleh Singapura Orang Cina ke negeri Cina dalam pengelutannya daripada Jepun.Mereka menolang negeri Cina apabila mereka sedang berperang dengan Jepun,menyebabkan tentera Jepun membenci orang Cina. Semua lelaki-lelaki cina dari umur 18 hingga 50 diminta melaporkan diri di pendaftaran kem untuk penayangan.Tentera Jepun atau polis menangkap mereka yang dikatakan "antiJapanese" bererti sesiapa yang pemberi maklumat atau siapa guru,wartawan,intelek,atau kakitangan bekas orang British.Sesetengah dipenjarakan,tetapi kebanyakan menjalankan hukuman mati ke atas dan anggaran nombor mereka yang dibunuh menganjur daripada 5, 000 kepada 25,000.Banyak pemimpin itu bagi Singapura anti-japanese pengerakan sudah melarikan diri,walau bagaimanapun, askar penderian cina yang lain-lain unit lari ke Semenanjung, di mana mereka membentuk orang Malaya,orang angkatan tentera anti-japanese.Sekolah bahasa melayu dibenarkan digunakan bahasa melayu.Sekolah jepun ditumpukan pada fizikal latihan, mengajar jepun,lagu-lagu patriotik dan propaganda.Ibubapa kebanyakan menyimpan anak-anak mereka di rumah dan jumlah keseluruhan murid-murid untuk semua sekolah itu tidak pernah lebih dari 7,000.Mereka tidak mahu terbabit dengan Jepun walaupun percuma kelas bahasa jepun telah diberi pada waktu malam dan bonus serta promosi dianugerahkan kepada sesiapa yang belajar bahasa jepun,usaha untuk menggantikan bahasa inggeris dan orang Cina dan jepun pada umumnya tidak berjaya.Pada 12 Sep 1945,upacara menyerah Jepun diadakan di bangunan Singapura(dikenali sekarang sebagai "City Hall"),yang diterima oleh Pembesar Mountbatten Louis.Ia berakhir zaman Jepun di Asia Tenggara.Jepun menyerah kalah kerana pada 6 Ogos 1945,bom atom pertama,code-nama "little boy",melanda Hiroshima negara Jepun bandar kelapan yang terbesar.Bom ini memusnahkan hampir semua membina binaan dan mengorbankan lebih banyak daripada 1oo,ooo orang.9 Ogos 1945,bom atom kedua,code nama "fat boy",melanda pada Nagasaki,bandar Ketiga terbasar Kyushu.Ia mendatangkan kesan sama seperti bom pertama hanya kali ini membunuh kira-kira 35,000 orang.

12 Mac 2009

Pengalaman dan perasaan saya memulakan blog bahasa melayu

Hmmmm...saya berasa amat gembira kerana inilah pertama kali saya membuat blog bahasa melayu.Sebernarnya,saya sudah membuat blog bahasa melayu terlebih dahulu tetapi saya terlupa kata laluan dan URL blog saya.Maklum lah semakin lama saya semakin lama saya semakin cepat lupa tapi masa saya masih pelajar sekolah rendah,saya tidak senang lupa malah amirah yang senang lupa.Sekarang sudah sebaliknya pulak.....sungguh memalukan.Jadi terpaksa lah saya menbuat blog yang baru apabila Cikgu Siti,cikgu bahasa melayu kami,membawa kami ke makmal komputer.Dengan blog bahasa melayu ini,kami murid bahasa melayu express boleh bertukar idea,pendapat dan sebagainya bagi kerja sekolah kami.Kita juga boleh berkomunikasi dengan mudah.Kita juga boleh melihat kerja masing-masing.Dengan teknologi masa kini,kita boleh mengunakannya dengan membaiki pelajaran kami.Dengan blog ini,saya boleh mempertingkat bahasa melayu saya.Kita harus mengalakkan seluruh sekolah di Singapura untuk membuat blog bahasa melayu ini.Sya bangga kerana kami ada blog bahasa melayu ini.Ini boleh memudahkan hidup kita.Ini lah perasaan dan pengalaman saya memulakan blog bahasa melayu.